“Kak Long, lapar tak?” tanya
Ien. “Lapar lah..”, balas Kak Long, diikuti angguk Si Diella. Aduh… salah bajet
pulak. Suruh balik hostel awal seminggu, sediakan lah makanan kat dewan oi.
Aduh, dewan makan tutup pulak. “Kita keluar, nak tak?” tanya Kak Long.
Terpinga-pinga campur excited muka rakan-rakan sepernakalannya. “Nak keluar
camana Kak Long?” “Takpe kita mintak izin keluar”
Berduyun lah gadis-gadis
kelaparan berlalu menemui Pak Guard bertugas meminta izin keluar. Sudah
tentulah tidak diizinkan. Berpikir lah kelompok2 gadis sunti memikir apa perlu
dimamah malam itu. Akhirnya, peluang terbuka luas, kelibat Pak Guard menjelajah
seluruh sekolah mencetus idea Kak Long mengajak rakan-rakannya menyelinap
keluar dari pagar. Daripada bertujuh, tinggal bertiga yang setuju dengan idea
itu. Pantas yang lain mengirim hasil pula. Laju langkah Kak Long, Ien dan
Diella menyusup jalan berlampu samar menuju ke jalan besar. Yes! Berjaya!
Tidak banyak yang difikirkan
tetapi kepala Kak Long ligat mencungkil
idea mencari jalan pulang. Buntu!
Sampai di destinasi, pantas
mulut mereka menempah makanan, untuk di makan juga dibungkus. Dalam kebuntuan,
mereka disergah pula oleh geng-geng fly sang putera. Fiszam, Babum, Zur dan
seorang lagi yang samar-samar di ingatan.
“Oi, camana korang boleh
terlepas ni? Hah, nak balik korang nak lalu mana pulak?” Pantas soalan cepu
emas si Fiszam ni tanya. Atas dasar taiko, selamba Kak Long menjawab. “Tah le,
aku tau keluar ke, masuk aku tak reti”
Tak pasal-pasal soalan di Fiszam
menyebabkan dia juga terpaksa memikirkan masalah 3 sekawan tadi. “Takpelah
korang balik dengan kitorang je nanti”
Habis bedeng, menyusup lah
mereka bertujuh menuju ke arah sekolah mereka yang tersergam di atas bukit itu.
Kak Long sedar dia bertanggungjawab ke atas rakan-rakannya. Tapi tanggungjawab
itu seakan-akan terletak di bahu Fiszam pulak kali ini. “Ah, lantaklah, janji
kami dapat balik asrama” bentak Kak Long dalam hati. Menghampiri blok A, mereka
bertujuh menyusup ala komando di tebing bukit kecil tepi asrama itu. “Aduh, Pak
Guard lah!” bisik Fiszam. Tergamam mereka bertujuh. Ien terjatuh tersalah
langkah. Mujur Zur dan Babun ada menyelamatkan keadaan. Desup- desap mereka
bersembunyi. Agak lama mereka menyepi. Kelibat pak guard tetap di situ. Gusar.
Kak Long dah mula kesiankan rakan-rakan sepernakalannya. Adalah dalam sejam
atau lebih, mereka putuskan mahu pulang ke asrama. Mendaki bukit lagi. Fiszam,
Babun dan Zur berusaha untuk memastikan 3 dara pingitan itu selamat. Kak Long
dah nampak pagar Blok C. Alhamdulillah! Kau memang sahabat aku, Fiszam, bisik
hati kecil Kak Long. Tapi ekor mata Kak Long terpandang susuk sang pengawas di
Blok B. Aduh, lantak lah.
Malam itu berakhir dengan
Kak Long berjaya membawa pulang hasil untuk rakan kelaparan. KakLong tidur
dengan perut kekenyangan tapi gusar dengan apa yang bakal menanti di hari
mendatang. Habislah aku, fikir Kak Long.
No comments:
Post a Comment